Pelawat Yang Ke ......

Bendera Terengganu

Bendera Terengganu
Showing posts with label Kemaman. Show all posts
Showing posts with label Kemaman. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Secret Recipe



Secret Recipe telah dibuka di Kemaman bermula sekitar November 2010, di area Taman Chukai berhadapan dengan Nirwana. dan sebaris dengan Bank Islam.



















Wednesday, July 28, 2010

Pusat Cucian Kereta (Cyclone)

Pusat Cucian Kereta Cyclone terletak di sekitar Geliga, Kemaman. Jika anda dari Kuantan, Pahang, selepas masuk pintu gerbang di Chendor-Kemaman, anda akan jumpa carwash ini di sebelah kiri anda. Memang benar-benar hampir dengan pintu gerbang Kemaman tu. Mudah je nak cari.
Pusat ini menyediakan cuci kereta luar dan dalam, cuci kusyen, beserta perkhidmatan polish. Masa yang diambil untuk mencuci kereta bahagian luar adalah dalam lebih kurang 5 minit sahaja, dan untuk bahagian dalam lebih kurang 10 minit. Jadi untuk cuci kereta luar dan dalam mengambil masa hanya sekitar 15 minit sahaja.



Langkah Pertama yang mereka lakukan adalah jirus di bahagian luar, untuk menghilangkan pasir-pasir melekat, debu, atau kekotoran kasar...

Langkah Kedua mereka akan menyabun body kereta dan bilas.

Langkah Ketiga, masuk dalam mesin cuci kereta automatik.


tunggu giliran kereta di depan lepas, baru leh kita masuk......free gear, jangan tekan break...jangan tarik handbreak.




semasa di dalam pencucian kereta yang mengunakan mesin cuci automatik.

ini di bahagian akhir dah ni...selepas keluar dari mesin, ada seorang pekerja sedia menunggu untuk mengilap sisa air yang tidak kering di body kereta. Selepas itu kita vakuum. Owh gambar semasa vakuum tak sempat di ambil.



anak-anak pun gembira masuk dalam mesin automatik ni..budak budak kan..suka sgt...terutama kita masa mula2 dicuci, body kereta disimbah air oleh pekerja...dan pekerja2 ini suka menyakat budak2 di dalam kereta.

dalam seminggu rasanye ada 3 kali aku cuci kereta di atas permintaan mereka berdua di atas..ehehe

Jumlah cuci kereta adalah:

kereta biasa : RM4 (luar) + RM4 (dalam)

Kereta 4wd : RM5 (luar) + RM4 (dalam)

Polish plak berbeza-beza mengikut promosi yang mereka tawarkan. dan saya pernah kena dalam bajet RM120 untuk polish, cuci luar dan dalam.

dibuka dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam

Saturday, July 24, 2010

Sata

Bulan pertama saya mula menetap di Kemaman...hari-hari mesti makan sata, otak-otak dan keropok lekor di sekitar Kuala Kemaman. maklum la jakun juga waktu itu. Tapi saya pasti anda juga begitu..tak sah kalau dah ke Kemaman tidak merasai keenakkan sata, otak-otak dan keropok lekor yang pasti ikan ikan nya segar dari Laut China Selatan.
kredit gambar untuk portal http://mpk.terengganu.gov.my/


Resepi Sata
- 500gram isi ikan
- kelapa parut 1/2 biji
- 10 ulas bawang besar
- 2 hiris halia
- gula dan garam jangan dilupa...secukup rasa ye

Cara Membuatnya : mula-mula kisar kesemua bahan...selepas itu jgn lupa gula dan garam...bungkus dalam daun pisang... cucuk dengan lidi untuk tutup bungkusan tu..kemudian bakar....selepas bakar...masak dan makan....

mau cuba???? tapi cuba dulu sata di Kuala Kemaman..pasti kamu datang lagi...

Friday, July 16, 2010

Senarai Hotel di Terengganu


untuk mendapatkan senarai hotel di sekitar Negeri Terengganu, anda boleh lah melayari link di atas. Di laman web tersebut menyediakan kemudahan tempahan secara online dan anda boleh membuat perbandingan harga yang telah disenaraikan. Anda juga boleh mendapatkan harga promosi mengikut bajet perbelanjaan yang anda sukai.
Anda boleh mendapatkan keterangan lokasi hotel di laman web tersebut. Di situ juga anda boleh mendapatkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di setiap hotel yang anda minati. Gambar-gambar bilik di hotel ada disediakan bagi memudahkan anda membuat pilihan mengikut citarasa percutian anda.
Saya pasti anda berpuas hati dengan kemudahan dan penerangan lengkap yang disediakan di SINI

Mini Zoo di Kemaman

Taman Rekreasi dan Mini Zoo yang terletak di Kampung Ibok, Kemaman, kira-kira 14 kilometer dari Bandar Cukai. Di taman ini mempunyai 1000 jenis pokok herba, 54 spesies haiwan dan pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan iaitu langsat, rambutan, manggis, duku, durian dan ciku.

Pengunjung juga boleh menaiki gajah dan mengelilingi sekitar zoo dengan bayaran sebanyak RM20.

Kemudahan yang terdapat disini seperti surau, kiosk, alatan permainan dan taman kunang-kunang.



Antara tarikan utama di sini adalah taman tema air, jambatan gantung dan akuarium.




Pengunjung boleh mengeliling zoo dengan menaiki trem yang disediakan percuma.
Sekiranya anda berkunjung ke Kemaman, jangan ketinggalan untuk menikmati keindahan mini zoo di Kemaman, dan bermandi-manda bersama keluarga di taman tema air yang pasti menjadi kenangan indah buat anda sekeluarga.
sekian. terima kasih.


sumber gambar adalah dari google dan terus ke link http://upmn.terengganu.gov.my dan www.kosmo.com.my

Tuesday, July 6, 2010

Fatisha Mushroom Garden Cafe

Fatisha Mushroom Garden Cafe ini terletak di kawasan perumahan Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. cafe ni just sediakan masakan Western Food dan berasaskan Cendawan. Dan yang pasti kesemua masakan yang berasaskan cendawan itu dibuat sendiri hasil tanaman cendawan milik cafe ni yang ada bersebelahan dengan cafe ini.



di kala malam...sgt romantik suasananya

di waktu siang


di sudut tepi

kolam ikan...



romantik sungguh kawasannya


luas


cantiknya singki

antara makanan yang disediakan di cafe ini.



tortila wrap



hawaiian pizza



mushroom pizza



cendawan goreng



cream of mushroom soup



penne pasta




peta lokasi


untuk maklumat lebih lanjut join cafe fb di


http://www.facebook.com/group.php?gid=185648563953&ref=ts#!/group.php?gid=185648563953


Kedai dibuka setiap hari dari 3 petang hingga lewat malam.
Untuk Tempahan sila hubungi : 017-8995189


Tuesday, June 22, 2010

Senarai Nama, Nombor Telefon dan Alamat Hotel

Daerah Kemaman

1) Awana Kijal Beach Spa & Golf Resort
- KM 28, Jln. Kemaman-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman
- 09-8641188
- website : http://www.awana.com.my/

2) Awana Kijal Apartments
- No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Projek Bandar Pelancongan Pantai Kijai, KM26, Jln. Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman
- 09-8649261

3) Strawberry Kijal Resort
- Lot 2865, Teluk Senajang, 24100 Kemaman
- 09-8623402 / 09-8623403
- website : http://www.strawberryparkkijal.com/

4) River Garden Hotel
- K114, Jln. Sulaiman 24000 Kemaman
- 09-8596322 / 09-8596337

5) Cheneh Recreation & Resort
- Bandar Cheneh Baru, 24000 Kemaman
- 09-8730541

6) New Sri Buana Hotel
- No. K-293, Jln Abdul Rahman, 24000 Kemaman
- 09-8592706

7) Murni Hotel
- K312, Jln. Che Teng, 24000 Kemaman
- 098592366 / 8592386

8) D'Lamur New Budget Inn
- No. K283, Jln. Masjid, 24000 Kemaman
- 09-8596888

9) Sarjana Inn
- No. 351, Ting. 1 & 2, Jln. Kg. Tengah, 24000 Kemaman
- 09-8598668

10) Kerteh Lodge
- Blok 2-4, Bandar Baru Kerteh, 24300 Kemaman
- 09-8265307 / 09-8264307

11) Marina Hotel
- K 307 - 308, Jln Che Teng, 24000 Kemaman
- 09-8591241

12) Castle Hotel
- K 152, Jln. Sulaiman, 24000 Kemaman
-

13) Kerteh Inn
- Lot 833, Kg.Baru Kerteh, 24300 Kemaman

14) Wawasan @ Wali Hotel
- K 151, Jln. Sulaimani, 24000 kemaman
- 09-8594628

15) Tiara Hotel
- 1,2,3 Floor, K.323,355, Jln. Kg. Tengah, 24000 Kemaman
- 09-8591802 / 09-8592236

16) Shafura Hotel
- Lot 563, Jln Abdul Rahman, 24000 Kemaman
- 09-8563451

17) Hotel Chukai Utama
- Taman Chukai Utama, 24000 Kemaman
- 09-8589666 / 09-8591275

18) Homestay Hotel Kemaman
- 09-8582333

19) Top Hotel
-09-8598333

20) The Villa Hotel, Kemaman.
- alamat : No.1186, Lorong 4, Kampung Besut, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
- telefon : 09-8581919
- Bilik : Superior, Deluxe, Standard Type A dan Type B
- kemudahan : Wifi, Astro/tv, air cond, water heater, laundry service, taxi service.

sila rujuk di link bawah untuk hotel2 yang menarik bagi saya.

http://terengganuimpianku.blogspot.com/2010/06/hotel-di-kemaman-pilihan.html

Monday, June 21, 2010

Hotel di Kemaman (Pilihan)

Disini saya sebutkan beberapa buah hotel yang menjadi pilihan pada kali ini...

2) Sri Kemaman Inn Hotel.
- alamat : Lot 12605, KM 1, jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu
- telefon : 09- 859 1511, Faks 1512
(bilik sangat bersih dan memuaskan hati, harga sangat2 berpatutan)


Keindahan Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay

Gambar adalah hasil tangkapan di waktu senja.

indahnya ciptaan Tuhan...


adakah indah hanya sementara?

semoga ia berkekalan indah dimata juga di hati pengunjung pantai
gambar ehsan dari peserta kursus intan timur

Tuesday, June 15, 2010

Keropok Lekor


mula-mula kita bercerita tentang Terengganu dari mula2 masuk pintu gerbang di Kemaman...

kalo singgah ke Kemaman..tak sah kalo tak cari makanan tradisi orang sini iaitu keropok Lekor dan beberapa lagi makanan tradisi seperti sata dan otak² (sata dan otak2 akan dibuat entry lain)

keropok lekor sebelum digoreng
sumber gambar google

digoreng
sumber gambar dari kak mimi
selepas digoreng.....lazatnye
sumber gambar dari kak mimi (credit to her)



cara2 membuat : KEROPOK LEKOR TERENGGANU


SUMBER: mesra.net forum





BAHAN-BAHANNYA:
4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa A
ir batu ikut kesesuaian adunan

CARA MEMBUATNYA:

Bersihkan ikan Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA
1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung