Pelawat Yang Ke ......

Bendera Terengganu

Bendera Terengganu
Showing posts with label Penyu. Show all posts
Showing posts with label Penyu. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Mengenali Penyu

Terengganu sudah sinonim dengan binatang popularnya iaitu penyu.

Terdapat 4 jenis penyu yang boleh didapati mendarat di Malaysia iaitu Penyu Karah, Penyu Agar, Penyu Belimbing dan Penyu Lipas.
~~~~~~
Penyu KarahPenyu karah turut dikenali penyu sisik kerana kulit badannya yang bertindih, menampakkan seperti bersisik. Warnanya coklat tua, kuning dan coklat. Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di kawasan terumbu karang

Penyu Agar

Penyu agar turut dikenali sebagai penyu hijau kerana kandungan lemak badannya berwarna hijau. Warna badannya adalah coklat tua dan kehitam-hitaman. Penyu agar mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya. Saiz badannya kira-kira 1.2 meter dan beratnya boleh mencapai sehingga 270 kilogram. Penyu agar hanya memakan rumpai laut dan rumpair. Musim bertelur antara April dan September dan menghasilkan kira-kira 140 biji telur.


Penyu Belimbing
Di Malaysia, penyu belimbing adalah spesies paling besar dalam keluarga haiwan laut itu hanya terdapat di Terengganu dan Pahang. Saiz badannya boleh mencapai sehingga 2m dan beratnya melebihi 500kg. Badannya ditutupi cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing.
Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik putih.


Penyu LipasPenyu Lipas adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia. Warna badannya gelap atau hijau tua buah zaitun. Makanannya adalah ketam,udang dan kerang-kerangan kecil.

sumber adalah dari Info di Harian Metro dan Turtle Malaysia

Gambar-gambar penyu di bawah adalah gambar hasil tangkapan di sekitar pantai laut china selatan.