Pelawat Yang Ke ......

Bendera Terengganu

Bendera Terengganu

Tuesday, June 15, 2010

Keropok Lekor


mula-mula kita bercerita tentang Terengganu dari mula2 masuk pintu gerbang di Kemaman...

kalo singgah ke Kemaman..tak sah kalo tak cari makanan tradisi orang sini iaitu keropok Lekor dan beberapa lagi makanan tradisi seperti sata dan otak² (sata dan otak2 akan dibuat entry lain)

keropok lekor sebelum digoreng
sumber gambar google

digoreng
sumber gambar dari kak mimi
selepas digoreng.....lazatnye
sumber gambar dari kak mimi (credit to her)



cara2 membuat : KEROPOK LEKOR TERENGGANU


SUMBER: mesra.net forum





BAHAN-BAHANNYA:
4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa A
ir batu ikut kesesuaian adunan

CARA MEMBUATNYA:

Bersihkan ikan Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA
1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung




No comments: