Monday, June 28, 2010
Taman Tamadun Islam 2
Sunday, June 27, 2010
Taman Tamadun Islam
ok next entry kita lihat lagi pelbagai jenis masjid di seluruh dunia.
Tuesday, June 22, 2010
Senarai Nama, Nombor Telefon dan Alamat Hotel
1) Awana Kijal Beach Spa & Golf Resort
- KM 28, Jln. Kemaman-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman
- 09-8641188
- website : http://www.awana.com.my/
2) Awana Kijal Apartments
- No. 4A, Persiaran Bunga Melor, Projek Bandar Pelancongan Pantai Kijai, KM26, Jln. Chukai-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman
- 09-8649261
3) Strawberry Kijal Resort
- Lot 2865, Teluk Senajang, 24100 Kemaman
- 09-8623402 / 09-8623403
- website : http://www.strawberryparkkijal.com/
4) River Garden Hotel
- K114, Jln. Sulaiman 24000 Kemaman
- 09-8596322 / 09-8596337
5) Cheneh Recreation & Resort
- Bandar Cheneh Baru, 24000 Kemaman
- 09-8730541
6) New Sri Buana Hotel
- No. K-293, Jln Abdul Rahman, 24000 Kemaman
- 09-8592706
7) Murni Hotel
- K312, Jln. Che Teng, 24000 Kemaman
- 098592366 / 8592386
8) D'Lamur New Budget Inn
- No. K283, Jln. Masjid, 24000 Kemaman
- 09-8596888
9) Sarjana Inn
- No. 351, Ting. 1 & 2, Jln. Kg. Tengah, 24000 Kemaman
- 09-8598668
10) Kerteh Lodge
- Blok 2-4, Bandar Baru Kerteh, 24300 Kemaman
- 09-8265307 / 09-8264307
11) Marina Hotel
- K 307 - 308, Jln Che Teng, 24000 Kemaman
- 09-8591241
12) Castle Hotel
- K 152, Jln. Sulaiman, 24000 Kemaman
-
13) Kerteh Inn
- Lot 833, Kg.Baru Kerteh, 24300 Kemaman
14) Wawasan @ Wali Hotel
- K 151, Jln. Sulaimani, 24000 kemaman
- 09-8594628
15) Tiara Hotel
- 1,2,3 Floor, K.323,355, Jln. Kg. Tengah, 24000 Kemaman
- 09-8591802 / 09-8592236
16) Shafura Hotel
- Lot 563, Jln Abdul Rahman, 24000 Kemaman
- 09-8563451
17) Hotel Chukai Utama
- Taman Chukai Utama, 24000 Kemaman
- 09-8589666 / 09-8591275
18) Homestay Hotel Kemaman
- 09-8582333
19) Top Hotel
-09-8598333
20) The Villa Hotel, Kemaman.
- alamat : No.1186, Lorong 4, Kampung Besut, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
- telefon : 09-8581919
- Bilik : Superior, Deluxe, Standard Type A dan Type B
- kemudahan : Wifi, Astro/tv, air cond, water heater, laundry service, taxi service.
sila rujuk di link bawah untuk hotel2 yang menarik bagi saya.
http://terengganuimpianku.blogspot.com/2010/06/hotel-di-kemaman-pilihan.html
Monday, June 21, 2010
Hotel di Kemaman (Pilihan)
Keindahan Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay
Thursday, June 17, 2010
Mengenali Penyu
Penyu agar turut dikenali sebagai penyu hijau kerana kandungan lemak badannya berwarna hijau. Warna badannya adalah coklat tua dan kehitam-hitaman. Penyu agar mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya. Saiz badannya kira-kira 1.2 meter dan beratnya boleh mencapai sehingga 270 kilogram. Penyu agar hanya memakan rumpai laut dan rumpair. Musim bertelur antara April dan September dan menghasilkan kira-kira 140 biji telur.
Penyu Belimbing
Di Malaysia, penyu belimbing adalah spesies paling besar dalam keluarga haiwan laut itu hanya terdapat di Terengganu dan Pahang. Saiz badannya boleh mencapai sehingga 2m dan beratnya melebihi 500kg. Badannya ditutupi cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing.
Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik putih.
Penyu LipasPenyu Lipas adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia. Warna badannya gelap atau hijau tua buah zaitun. Makanannya adalah ketam,udang dan kerang-kerangan kecil.
sumber adalah dari Info di Harian Metro dan Turtle Malaysia
Gambar-gambar penyu di bawah adalah gambar hasil tangkapan di sekitar pantai laut china selatan.
Tuesday, June 15, 2010
Kelmarin vs Semalam
di negeri ini
semalam bermaksud malam semalam..
contohnya : kalo arini ari isnin...semalam mereka membawa maksud mlm tadi....
Kelmarin bermaksud Semalam atau YESTERDAY (ha mudah guna word ni..supaya tidak timbul kekeliruan semasa menerangkan)
contohnya: arini ari ISNIN...kelmarin bagi terengganu adalah AHAD ye ....bahasa yang mereka gunakan ini berbeza dgn negeri2 lain....
Keropok Lekor
kalo singgah ke Kemaman..tak sah kalo tak cari makanan tradisi orang sini iaitu keropok Lekor dan beberapa lagi makanan tradisi seperti sata dan otak² (sata dan otak2 akan dibuat entry lain)
keropok lekor sebelum digoreng
cara2 membuat : KEROPOK LEKOR TERENGGANU
SUMBER: mesra.net forum
BAHAN-BAHANNYA:
4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa A
ir batu ikut kesesuaian adunan
CARA MEMBUATNYA:
Bersihkan ikan Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air
TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng
CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR
BAHAN-BAHANNYA
1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah
CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung
Lagu : Impianku Terengganu
Akan ku melangkah dengan semangat kental di hati
Impianku…
Impian ini…
Terengganu maju impianku 2x
(Ulang Chorus)