Pelawat Yang Ke ......

Bendera Terengganu

Bendera Terengganu

Thursday, July 22, 2010

Tasik Kenyir Terengganu

Mengikut brosur promosi pelancongan yang dipetik daripada rekod Jabatan Perhilitan, Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat. Kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.
Bersiar dengan bot, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda dan panggilan padang golf adalah antara senarai riadah dan rekreasi yang popular di sekitar tasik
KETENANGAN yang menanti di sudut terlindung jaringan sungai
Tasik Kenyir adalah untuk mereka yang gemar pada ketenangan alam. Begitu juga dengan yang gila memancing
DI SEBALIK ketenangan air Tasik Kenyir, siapa sangka di dalamnya terdapat lebih 300 spesies ikan.

Di Tasik Kenyir, pengunjung tidak perlu khuatir akan soal penginapan. Di sini terdapat pilihan penginapan bertaraf tiga bintang yang masing-masing bersaing menawarkan kemudahan bernilai tambah. Bagi yang bekerja Kerajaan anda boleh juga menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di SINI

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Jenis Bilik & Kadar
Jenis Bilik
Kadar (Semalam)
Banglo 3 Bilik
RM 60.00
Banglo 2 Bilik
RM 50.00
Asrama A (20 katil)
RM 150.00
Asrama B (20 katil)
RM 150.00
Asrama A+B (40 katil)
RM 250.00
Dewan Mesyuarat
RM 50.00
Dewan Makan
RM 50.00
Dewan Sindiket
RM 50.00

Maklumat Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir 21700 Hulu Terengganu, Terengganu.Tel: 019-2828586/013-9216363Penyelia: Encik Alias bin Nordin (019-2828586)
atau klik DISINI untuk mendapatkan senarai hotel lain di sekitar Tasik Kenyir.

7 comments:

Mak Su said...

kat sini orang kaki memancing suka ler... saya mnat gaks, tapi takut boring...huhuhu

~asha~ said...

mak su --> selalu pg ke? mesti seronok bersama family kan

ain fathihah said...

cantiknyaaa....entah bila dapat pergi

~aSHa~ said...

ain fatihah --> insyaAllah ada rezeki sure dpt pg...

Anonymous said...

ok saya dah pegi

miss farah said...

saya dh on the way.. korang semua macam mana, ngeh-3

Lala Nirmala said...

celana hernia
Penyebab hernia pada bayi
Mengobati Hernia
penyebab hernia
Pengobatan Hernia
Game PC Naruto Shipuden Ultimate Ninja Storm 4
Jual Hardisk External Murah
game pc murah
sirine mobil
bel sekolah otomatis