Pelawat Yang Ke ......

Bendera Terengganu

Bendera Terengganu

Wednesday, July 28, 2010

Pusat Cucian Kereta (Cyclone)

Pusat Cucian Kereta Cyclone terletak di sekitar Geliga, Kemaman. Jika anda dari Kuantan, Pahang, selepas masuk pintu gerbang di Chendor-Kemaman, anda akan jumpa carwash ini di sebelah kiri anda. Memang benar-benar hampir dengan pintu gerbang Kemaman tu. Mudah je nak cari.
Pusat ini menyediakan cuci kereta luar dan dalam, cuci kusyen, beserta perkhidmatan polish. Masa yang diambil untuk mencuci kereta bahagian luar adalah dalam lebih kurang 5 minit sahaja, dan untuk bahagian dalam lebih kurang 10 minit. Jadi untuk cuci kereta luar dan dalam mengambil masa hanya sekitar 15 minit sahaja.



Langkah Pertama yang mereka lakukan adalah jirus di bahagian luar, untuk menghilangkan pasir-pasir melekat, debu, atau kekotoran kasar...

Langkah Kedua mereka akan menyabun body kereta dan bilas.

Langkah Ketiga, masuk dalam mesin cuci kereta automatik.


tunggu giliran kereta di depan lepas, baru leh kita masuk......free gear, jangan tekan break...jangan tarik handbreak.




semasa di dalam pencucian kereta yang mengunakan mesin cuci automatik.

ini di bahagian akhir dah ni...selepas keluar dari mesin, ada seorang pekerja sedia menunggu untuk mengilap sisa air yang tidak kering di body kereta. Selepas itu kita vakuum. Owh gambar semasa vakuum tak sempat di ambil.



anak-anak pun gembira masuk dalam mesin automatik ni..budak budak kan..suka sgt...terutama kita masa mula2 dicuci, body kereta disimbah air oleh pekerja...dan pekerja2 ini suka menyakat budak2 di dalam kereta.

dalam seminggu rasanye ada 3 kali aku cuci kereta di atas permintaan mereka berdua di atas..ehehe

Jumlah cuci kereta adalah:

kereta biasa : RM4 (luar) + RM4 (dalam)

Kereta 4wd : RM5 (luar) + RM4 (dalam)

Polish plak berbeza-beza mengikut promosi yang mereka tawarkan. dan saya pernah kena dalam bajet RM120 untuk polish, cuci luar dan dalam.

dibuka dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam

11 comments:

'NuReeN' said...

nureen suka g yg cuci tangan dr mesin.. masa ellesya kecik2 klau p dia takut bila sembur air presure kuat tp skrg ni dh ok

~aSHa~ said...

itu la kadang2 ada budak takut...ada budak suka...

deelira@deeliraz said...

salam ziarah.sy follow awk :).

kg suami di tganu.so sll balik sana.dan selalu nmpk cyclone ni :) tp x pernah masuk.coz dah pernah cube masuk yg kuantan ni..x lepas la..kete lowed sgt.tensen tol. x merasa la wei..

~aSHa~ said...

la ye ke..kete lowed tak leh masuk ke..alahai..tak merasa la...kena manual la nampaknye

eMMe said...

kat Melako pun ado cyclone nih..

Zul Avazanto said...

sy pon bukak carwash jugak,tp tak pakai mesinlah...tp xde ape pon yg nk dilebihkan,cume yg penting,kereta yg dibasuh berkualiti cucian,kepuasan hati pelanggan diutamakan,..

aeinio said...

mmg best pernah g kat n9 serupa camni gaklaa...murah n cepat..

DiNaZ said...

salam....
hi...
nak tanya dh lama tak update blog yerr?? bila nk update lagik?? gembira dapat mengenal terengganu dan tempat2 yang indah disana...
salam dari melaka..

Anonymous said...

Howdy! I realize this is somewhat off-topic however I had to ask.
Does building a well-established blog such as yours require a large amount of
work? I am brand new to running a blog however I do write
in my diary daily. I'd like to start a blog so I can easily share my experience and views online. Please let me know if you have any recommendations or tips for brand new aspiring blog owners. Thankyou!
http://baldeagle.seobybookmarks.com/user/profile/melaniemar/
Feel free to visit my website - women

Unknown said...

Pernah masuk..tp kereta calar..jelas nmpak kesan berus pusing dia tu..agak keras..kete warna itam..pastu lebih prefer kedai basuh tgn je..

Anonymous said...

Pemalas punya bangla bertompok2 x cuci