Pusat Cucian Kereta Cyclone terletak di sekitar Geliga, Kemaman. Jika anda dari Kuantan, Pahang, selepas masuk pintu gerbang di Chendor-Kemaman, anda akan jumpa carwash ini di sebelah kiri anda. Memang benar-benar hampir dengan pintu gerbang Kemaman tu. Mudah je nak cari.
Pusat ini menyediakan cuci kereta luar dan dalam, cuci kusyen, beserta perkhidmatan polish. Masa yang diambil untuk mencuci kereta bahagian luar adalah dalam lebih kurang 5 minit sahaja, dan untuk bahagian dalam lebih kurang 10 minit. Jadi untuk cuci kereta luar dan dalam mengambil masa hanya sekitar 15 minit sahaja.

Langkah Pertama yang mereka lakukan adalah jirus di bahagian luar, untuk menghilangkan pasir-pasir melekat, debu, atau kekotoran kasar...
Langkah Kedua mereka akan menyabun body kereta dan bilas.
Langkah Ketiga, masuk dalam mesin cuci kereta automatik.

tunggu giliran kereta di depan lepas, baru leh kita masuk......free gear, jangan tekan break...jangan tarik handbreak.



semasa di dalam pencucian kereta yang mengunakan mesin cuci automatik.
ini di bahagian akhir dah ni...selepas keluar dari mesin, ada seorang pekerja sedia menunggu untuk mengilap sisa air yang tidak kering di body kereta.


Selepas itu kita vakuum. Owh gambar semasa vakuum tak sempat di ambil.
anak-anak pun gembira masuk dalam mesin automatik ni..budak budak kan..suka sgt...terutama kita masa mula2 dicuci, body kereta disimbah air oleh pekerja...dan pekerja2 ini suka menyakat budak2 di dalam kereta.
dalam seminggu rasanye ada 3 kali aku cuci kereta di atas permintaan mereka berdua di atas..ehehe
Jumlah cuci kereta adalah:
kereta biasa : RM4 (luar) + RM4 (dalam)
Kereta 4wd : RM5 (luar) + RM4 (dalam)
Polish plak berbeza-beza mengikut promosi yang mereka tawarkan. dan saya pernah kena dalam bajet RM120 untuk polish, cuci luar dan dalam.
dibuka dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam